Salam semua.
Tak sampai sebulan lagi kami akan pindah ke Semenanjung Malaysia. Insya-Allah akan cuba memulakan hidup baru di sana.
Ada satu lagu nasyid dulu-dulu berbunyi:
Hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan
Hmm, ada betulnya. Terutama sekali part 'pengorbanan' kerana yang paling jelas kita akan meninggalkan zon selesa. Kita akan meninggalkan orang tua tersayang, rumah, kampung, kambing, pokok mangga dan sebagainya. Malah yang paling sedih sekali ialah meninggalkan bilik tidur kita yang sudah sebati dengan jiwa kita. :D
Apapun, doakan kami berjaya dan mampu mengubah hidup kami serta keluarga kami. Amin.
Thursday, June 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment